hidup ini pasti ada TUJUAN

melihat.meneroka.mentafsir

بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُون
Rasanya ramai diantara kita yang sudah biasa mendengar ayat ni- surah al-baqarah:30. Ayat ini adalah tentang khalifah,ya kita diciptakan oleh Allah sebagai seorang khalifah. Walaupun malaikat sangsi dengan keadaan manusia yang pasti berbunuh-bunuhan, tetapi Allah mengatakan bahawa Dia lebih mengetahui drpd segala makhluknya.

Pasti di kalangan kita sekarang ini mempunyai persoalan yang sama dengan malaikat.
 Layak kah kita menjadi seorang khalifah?
Layak kah manusia yang sering lupa akan tuhanNya menjadi seorang khalifah?
Layak kah kita yang sering berbunuh-bunuhan, dengki mendengki menjadi seorang khalifah?

Hakikatnya, itulah membuatkan kita sebagai seorang manusia& ciri-ciri seorang manusia itulah  yang membuatkan kita layak menjadi seorang khalifah.

Walaubagaimnapun, di kala ini, manusia kebanyakannya tidak lagi menjadi seorang manusia, ramainya manusia menjadi seorang robot. Melakukan pekerjaan harian tanpa perasaan& hanya memikiran pangkat harta dan rupa.

Ya ramai diantara kita hilang sifat manusia itu sendiri.
Manusia yang mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain
Manusia yang sering memikirkan yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat
Manusia yang memerlukan rehat & perkara yang dapat membahagiakan diri

Social experiment telah banyak dilakukan untuk mengkaji human nature and reaction terhadap sesuatu event. Banyak social experiment dilakukan di barat & experimentnya byk mmberikan keputusan positif. Banyak people reaction yg membuat hati ini tersentuh. Rupanya masih ramai diluar sana yang mempunyai belas kasiha terhadap orang lain.

Antara program TV yg memaparkan social experiment, adalah "what would you do?". Social experimentnya byk berkisar isu-isu semasa dan reaksi kita terhadapnya.Antaranya adalah isu kos perubatan di US yg sangat mahal. Ramai diantara penduduk US yang tidak mampu menanggung kos ini. Experiment ni melihat reaction terhadap apa yang kita akan lakukan jika kita lihat ada orang yang tak mampu menanggung kos itu.

In my opinion, jika social experiments ini dilakukan di negara islam, tidak ramai yang akan bertindak seperti penduduk di negara barat. Di Malaysia sendiri, sangat senang untuk kita lhat ramai orang yang melarat dan memerlukan pertolongan, tetapi sangat susah untuk melihat orang yg membantu mereka. "common sense" adalah salah satu ciri manusia yang telah hilang daripada sesetengah dari kita.

Jika humanitic value dapat dikembalikan kepada ruh-ruh insan yang digelar seorang muslim, insyaAllah ianya dapat menjadi pemangkin untuk kembalinya khalifah itu sendiri kepada islam.

wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment